Hari ni abang Salih stain slide INSAN Case… Siap mounting lagi…
Yang ni semua slide INSAN case yang kami terima minggu lepas Abang Salih tengah mount.. |
Bercakap pasal INSAN case… rase sedih la pula hati ini… sob.. sob.. Saye rase macam dunia dah tak selamat.. ke mana sahaja pergi mesti rase keselamatan kurang terjamin… huhu… Tapi hakikatnya Allah sentiasa ada untuk menjaga kita kan.. La takhaf ya ukhti… Innallaha ma’ana… Kan kita ada senjata yang paling ampuh… itulah DOA.. tapi entri kali ni bukan nak citer pasal doa.. Saye nak citer pasal insan case..
INSAN case? ape benda tu..? mesti korang tertanya- tanya kan… meh saye citer ckit… INSAN case ni adalah salah satu test yang ada kat lab saye.. Sebenarnyer ni kes polis.. Contohnyer.. kalau ada patient yang datang buat report dia di cabul atau di rogol.. maka.. polis akan hantar jumpa doktor untuk buat check up..
Semua slide yang kami terima di sealed dalam sampul surat... Private and confidential... |
Salah satu prosedur nye adalah doktor akan amik HIGH Vaginal Swab.. Pastu doktor akan wat smear kat slide dan hantar kat Lab kami untuk tgk ada tak Gonococci dan spermatozoa kat smear tu… Penemuan sperma akan jadi bukti dalam kes ni…
Ni la 'budak nakal'.. Spermatozoa yang kami jumpe dalam slide.. |
Gonococci tu ape pula yer? secara ringkasnya.. gonococci ni sejenis bakteria yang sexually trasmitted.. yang boleh menyebabkan penyakit gonorrhoea.. Nama saintifiknya Neisseria gonorrhoeae. Boleh google atau tgk kat wikipedia kalu tak tahu.. Kesan penyakit Gonorrhoea:
“Infection of the genitals- can result in a purulent (or pus-like) discharge from the genitals which may be foul smelling. Symptoms may include inflammation, redness, swelling, dysuria and a burning sensation during urination.”
Ngeri la pula rase.. Yang sedihnya… kadang- kadang kanak – kanak yang tak berdosa menjadi mangsa nafsu serakah manusia yang tak pernah puas… ada yang tak abis skola lagi… Minggu lepas je saye terima 3 kes… 5 slide semuanyer.. Semalam datang lagi satu… Makin meningkat pula jumlah kes ni pada musim cuti skola.. Kenapa yer???
OK…!! kepada adik- adik kat luar sane.. jaga diri elok- elok… jangan jalan sorang- sorang… kalau boleh bila berjalan tu biar berteman… Jangan keluar memalam… Jangan ikut orang yang tak di kenali.. STAY AWAY FROM STRANGERS!!!… dan yang paling PENTING jangan lupa doa sebagai pendinding diri… InsyaAllah Allah akan sentiasa menjaga kita…
DOA KELUAR RUMAH
Maksudnya:
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah"
Puteri, PJ