Monday, December 27, 2010

Islamic Widget

Monday, November 1, 2010

Ajal

Petang ini seperti biasa aku bekerja... menunggu masa hendak pulang...

Jam menunjukkan pukul 0430 petang.. awal lagi nih... ada lagi setengah jam... terasa lambat pula masa berlalu...

Sekarang aku bekerja di Poly lab... Poly lab merupakan salah satu cawangan makmal di PPUM... Ada banyak makmal di PPUM nih... dan banyak pula cabangnya.. Kalau hendak di ceritakan mungkin berjela- jela kertas di perlukan... Rasenye tak perlu lah...

Di Poly lab kami memproses sample urine dan darah dari klinik... Setiap sample perlu di proses dengan cepat memandangkan patient sedang menunggu di klinik...Ada yang datang untuk follow up dan tidak kurang juga yang datang kerana demam, sakit dan sebagainya... Hospital lah katakan... Tidak datang ke hospitallah jika tidak sakit...

Disebabkan klinik tutup awal, kami hanya menerima dan memproses sample sehingga pukul 0430 petang... Selepas itu, mulalah bersiap- siap untuk pulang...

Sementara menunggu machine SYSMEX  XT-1800i dan SYSMEX XT-2000i di shut down kan aku melayari laman sesawang... membaca emel yang berkepuk- kepuk di dalam inbox ku... sememangnya perlu mengambil masa yang lama untuk tutup machine nih.. lebih kurang 15 minit la...

Tiba- tiba handphone ku berdering... lagu "Terima kasih cinta" berkumandang...

Ayong...

Kenapa pula ayong telepon nih..?? " Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam w.b.t" jawab ayong...

"Alang....pak usu dah meninggal... baru kejap tadi mak kol ayong... mak suruh bagitau alang..." Ayat ini terus meluncur laju dari mulut kakak ku... tak sempat aku bertanya khabar...

"Innalillahiwainna ilaihi raaji'un.. bila?"

"Baru je tadi... mak usu terus kol mak lepas dapat tahu pak usu meninggal"

Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali...
Sesungguhnya sungguh singkat perjalanan kita di dunia ini...

Hati ku terasa sebak...
Teringat aku kepada adik- adik sepupuku...
Kuatkah mereka menerima takdir ini buat kedua kalinya?
Ya, buat kali yang kedua...

Pak usu, atau lebih kami kenali sebagai Pak Aji merupakan bapa tiri kepada adik sepupuku...
Setelah ayah mereka meninggal mak usu berkahwin dengan Pak Aji..
Pak Aji seorang yang baik. Beliau tidak lokek dengan senyuman,...
Kami menjadi mudah mesra di sebabkan sikapnya itu...

Namun... Allah lebih menyayangi beliau...
Di cabutnya nyawa dari jasad...
Tak dapat kugambarkan kepedihan mati itu...

Aku harap mereka tabah menerima ketentuan ini...

" Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."

Al- Baqarah[2]: 286

Teringat aku kepada soalan seorang anak usrah ku

" kak puteri... Boleh tak kalau kita menangis kerana pemergian sahabat kita?? bukan lah bermaksud saya tidak menerima takdir Allah tetapi.. kerana takutnya saya apabila teringat nya mati..."

" Adikku... Rasulullah pernah bersabda...

"Yang paling cerdas dan mulia di antara umatku adalah mereka yang banyak mengingat mati, lalu mempersiapkan hidup sesudah mati"

Maka tidak hairan lah kenapa orang mukmin semakin hari semakin bertaqwa... Ini kerana mereka tahu semakin hari mereka semakin dekat berjumpa Tuhan.. Hari- hari kemudiannya di lalui dengan usaha untuk memperbaiki diri...

yang masih membaiki diri...

Puteri, PJ

Sunday, October 31, 2010

Doa Belajar (Sirajul Munir)

kursi

Ya Allah ya tuhan kami...

Bukakanlah pintu hati kami Ya Allah...

Dalam mempelajari ilmuMu Ya Allah,

Dalam mengamalkannya Ya Allah,

Dalam menyebarkan nya Ya Allah...

Ya Allah ya tuhan kami kurniakan lah kepada kami
keikhlasan setulus- tulusnya Ya Allah...

Ya Allah ya tuhan kami, kurniakan lah kepada kami
kurniaan yang telah Engkau berikan kepada hamba- hamba Mu yang soleh...

 

Doa senjata mukmin… doa ini sengaja aku nukilkan di dalam blog ini untuk tatapan semua.. Walaupun isinya agak ringkas tetapi bagiku terdapat maksud yang mendalam dalam doa ini… 

Semoga  kita semua sentiasa ikhlas menuntut ilmu di jalanNya…

Niatkan segalanya kerana Allah… InsyaAllah hidup pasti berkat dan di permudahkan..

Ameen….

 

Puteri, PJ.

Resah

Terkadang aku terfikir...

untuk apa aku di hidupkan..?

untuk apa aku di jadikan...?

Sesungguhnya semua ciptaan Allah tiada yang sia- sia...

Allah... tidak pernah berfikir atau berkira- kira...

Berlainan dengan sifat manusia yang seringkali berkira- kira...

"Kalau buat camni nanti jadi macam mane ha..?"

Percayalah!!!

Percayalah kepada kehendak Allah...

Semua yang terjadi atas kehendakNya...

Ikhtiar, usaha dan tawakkal adalah pilihan kita....

Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah....

Sesungguhnya hanya dia yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita....

SEKARANG!!!

Masa untuk membuat pilihan...

Ya Allah... bantulah hambaMu ini...

aku amat memerlukan pertolongan Mu....

Tunjuki lah aku jalan yang lurus....


Puteri, PJ.

Saturday, May 22, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah...

Segala puji- pujian dan syukur ku panjat kan hanya kepada yang selayakNYa... Allah s.w.t..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...

Setelah sekian lama melayari internet dengan hanya membaca blog2 sahabat...
akhirnya... terbit jugak blog sendiri..

Tak sabar rasenye nak menulis dalam blog nih...

Semangat sungguh..!!!

Harapan semoga segala perkongsian dan pengalaman hidup yang dikongsi dapat memberi manfaat yang sewajar nya kepada pembaca... InsyaAllah..!!!


Puteri, PJ.