Monday, January 31, 2011

Pendidik generasi Muslim…

Alhamdulillah setinggi tinggi syukur ku panjat kan ke hadrat ilahi kerana masih lagi di beri peluang  menghirup udara segar di muka bumi ini…  juga  masih lagi di beri kekuatan untuk melaksanakan suruhannya serta menjalankan amanah yang di beri… Alhamdulillah…

Hari ni saja nak kongsi kan sedikit ilmu yang aku dapat semalam… Oleh kerana minggu ni tak de program… dan tak pula aku pulang ke kampung halaman… maka diri ini merangka- rangka nak buat apa hujung minggu nih???

Alhamdulillah… dapat pula pelawaan dari kakak ku sorang ni untuk ke program diskusi wanita… “Membentuk Generasi Muslim: Di mana peranan Muslimah?” di Bandar Baru Bangi…. Oleh kerana tertarik dgn tajuknye maka aku pun setuju nak join…  x rugi pun kan…=)

ok jom kita lihat antara isi- isi nya…

Dalam al- Quran Allah dah bagi petunjuk kepada kita untuk apa kita di ciptakan…

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥٦﴾ (56

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Az- Zaariyat: 56

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ                                                                                   ٠ 

(30) Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Al- Baqarah: 30

Kemana arahnya pendidikan generasi kita?

Anak- anak seharusnya menjadi Qurratu A’yun, penyejuk mata dan penyenang hati kedua ibu bapa…  Juga di didik menjadi orang betaqwa… bukan sahaja bertaqwa tetapi  juga menjadi imam kepada orang yang bertaqwa.

Kita adalah sebaik- baik umat, yang memimpin umat lain kepada yang ma’ruf.

“Orang yang terbaik diantara kalian adalah orang yang mempelajari al- quran dan mengajarkannya.” [HR Bukhari]

Ulul Albab- yakni orang yang berakal. yaitu apabila mereka melihat penciptaan langit dan bumi akan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah samada ketika berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring.

Realiti masyarakat Muslim sekarang…

Sistem pendidikan di Malaysia menyediakan generasi muda untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi alam dewasa. – hanya mementingkan kehidupan dan keperluan untuk meneruskan hidup…

Apa peranan Muslimah?

  1. Mencerdaskan generasi muslim dengan elemen pemikiran islam bukan pemikiran kapitalis.  Kerana pada dasarnya pemikiran kapitalis itu merendahkan nilai- nilai kemanusiaa. Manakala pemikiran Islam itu memuliakan manusia bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Islam mampu mejawab pelbagai persoalan dalam bidang apa sekalipun. Maka kita haruslah mencelup peradaban dunia dengan peradaban islam.
  2. Mengajak kembali semua muslimah melahirkan dan mendidik anak serta mewarnakan mereka dengan warna- warna islam dalam proses ke arah menjadi Khaira Ummah. Bekerjaya boleh tetapi jgn lupa kerjaya utama kita sebagai pendidik generasi muslim. Rasulullah berbangga dengan umatnya yang ramai..

“ Di rahim kita lahir generasi muslim, di tangan kita terdidik generasi muslim pewaris risalah agung”   -Ummu Khoir-

 

Siapa yang bertanggung jawab terhadap pendidikan generasi??

Keluarga merupakan tempat pendidikan yang pertama dan utama. Di sini para Ibu  memainkan peranan yang penting dalam proses untuk menanamkan aqidah Islam yang benar dalam diri anak- anak.

Di mana posisi dan peranan muslimah?

Muslimah bertindak sebagai ibu yang melahirkan dan mendidik.. Kerana pada dasarnya seorang wanita itu lahir penuh dengan sifat dan ciri- ciri pendidik… manakala lelaki dilahirkan untuk memimpin…

Jika di tanya apa pekerjaan kamu…. – pendidik generasi muslim -

Anak- anak bukan hanya perlu dididik secara luaran sahaja (physical) tetapi “all in” terutamanya dari dlam kandungan lagi.

Apa yang perlu di lakukan…??

  1. Memberikan makanan yang halal dan thoyyib kerana makanan itu akan menjadi darah daging anak kita. Jika dari awal tidak di jaga maka rosak la ia..Thoyyib di sini maksudnya sihat.. – asal segala makanan yang halal pasti sihat. cuma oleh kerana telah di proses oleh manusia dengan pelbagai perasa dan bahan kimia ia menjadi halal tetapi tidak thoyyib.
  2. Mengikut teori , 4 bulan kandungan sudah boleh mendengar. Maka dengarkan lah ayat- ayat Allah  dan kalam Allah dengan membaca dan menghafaz al- quran. Sekurang- kurangnya juz amma. Saat indra pendengaran berfungsi dengarkanlah ia dengan ayat- ayat Allah.
  3. Dengarkan bahasa yang baik (ahsan). Jangan dengarkan bahasa yang kasar. Kita tidak boleh menyampaikan pemikiran yang agung dengan bahasa yang kasar
  4. Memberi pemahaman tentang Al- quran secara bertahap. Pembelajaran anak- anak yang berusia 7 tahun kebawah- perlu di cerdaskan akal mereka dengan bantuan alam semesta. Dengan ini semua pacaindera berfungsi. Tidak seharusnya menggunakan multimedia kerana hanya mata yang akan berfungsi.
  5. Sediakan kelompok/ bi’ah yang solehah serta kawan- kawan yang baik kerana mereka tidak mampu berjuang seorang. Perlu ada persekitaran yang membantu dan menyokong mereka. Dengan itu mereka akan rasa bangga boleh mendirikan solat, menghafal al- quran dan menegakkan kalimah Allah. Apabila sudah faham, mereka akan peduli nasib bangsa mereka terutama  nasib umat Islam.

Akhir kata…=)

“Setiap anak di lahirkan dalam fitrah (suci). Ibubapalah yang mencorakkan mereka samada menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Wassalam….

Puteri, PJ

Sunday, January 2, 2011

Usia… Bila otai berbicara..

Jika entri sebelum ini bertajuk ajal… skrg nak tulis pasal usia pula…

Bukan nya apa.. cuma teringat kepada cerita seorang otai (old timer)

Kami panggil beliau PCK.. cerita PCK ni sangat menarik bagi ku..

Sebab tu la nak kongsi.. Moga bermanfaat..

Ceritanya bermula sewaktu beliau masih muda dahulu.. ok PCK boleh mula… =)

Versi PCK

Satu hari saya keluar la nak makan.. pergi medan selera…

Lepas dah beli makanan  semua .. saya cari lah tempat nak duduk.. nak makan..

ternampak la sorang pakcik tua ni… Saya pun mintak izin nak duduk sebelah dia…

dia OK je… Sambil makan borak2 la ngan pakcik nih… cuba ber basa basi ckit..

“ pakcik ni datang hospital kenapa?”

“Aku datang hospital ni sebab sakit la…” agak sinis di situ.. yela saya punya soalan pun macam tak patut je kan.. orang datang hospital.. mestilah sebab sakit kan..

“pakcik sakit aper?”

“Sebab aku tak tau aku sakit aper la aku datang hospital ni ” ouch.. terkena lagi…  Saya ingat saya sorang je yang selalu loya buruk.. rupenye ade yang lebih hebat lagi…

“Umur pakcik berapa?”

“Aku pun tak tau umur aku berapa.. Yang aku tau… dah banyak dah aku guna’’

Saya terus terdiam… tak tau nak ckp ape.. 3 kali tanya… 3 kali kena balik…

So, awak fikir la ape yang cuba di sampaikan oleh pakcik ni… terutamanya ayat dia yang last skali tuh…

Mungkin citer ni tak best sgt… yela sebab aku tak pandai nak olah ayat sangat…. tapi kat cini yang cuba aku sampaikan adalah ayat akhir tu…

“Aku pun tak tau umur aku berapa.. Yang aku tau… dah banyak dah aku guna’’

Hakikat nya kita tak tahu banyak mana usia kita.. sepanjang mana hayat kita…

Sejauh mana perjalanan hidup kita di dunia yang fana ini… Saban tahun kita asyik mengira penambahan umur kita.. Meraikan ulang tahun kelahiran kita…

Tetapi pernah kah terfikir andai hari ini adalah hari terakhir kita…? Sebanyak mana amal dan bekalan yang sudah kita kumpul untuk dibawa ke alam sana?

Adakah setiap detik umur kita gunakan dengan sebaiknya..?

Muhasabah buat diri yang sering alpa…

Perbualan ini tercetus selepas beberapa hari ulang tahun kelahiran ku… Kak lily dok sibuk ucap selamat panjang umur… walaupun ia satu doa tapi hakikatnya umur kita semakin pendek jawab ku… Lalu apabila PCK join the discussion… keluar lah cerita ini…

Tula lah dier bile otai berbicara…

 

Puteri, DV