Jika entri sebelum ini bertajuk ajal… skrg nak tulis pasal usia pula…
Bukan nya apa.. cuma teringat kepada cerita seorang otai (old timer)
Kami panggil beliau PCK.. cerita PCK ni sangat menarik bagi ku..
Sebab tu la nak kongsi.. Moga bermanfaat..
Ceritanya bermula sewaktu beliau masih muda dahulu.. ok PCK boleh mula… =)
Versi PCK
Satu hari saya keluar la nak makan.. pergi medan selera…
Lepas dah beli makanan semua .. saya cari lah tempat nak duduk.. nak makan..
ternampak la sorang pakcik tua ni… Saya pun mintak izin nak duduk sebelah dia…
dia OK je… Sambil makan borak2 la ngan pakcik nih… cuba ber basa basi ckit..
“ pakcik ni datang hospital kenapa?”
“Aku datang hospital ni sebab sakit la…” agak sinis di situ.. yela saya punya soalan pun macam tak patut je kan.. orang datang hospital.. mestilah sebab sakit kan..
“pakcik sakit aper?”
“Sebab aku tak tau aku sakit aper la aku datang hospital ni ” ouch.. terkena lagi… Saya ingat saya sorang je yang selalu loya buruk.. rupenye ade yang lebih hebat lagi…
“Umur pakcik berapa?”
“Aku pun tak tau umur aku berapa.. Yang aku tau… dah banyak dah aku guna’’
Saya terus terdiam… tak tau nak ckp ape.. 3 kali tanya… 3 kali kena balik…
So, awak fikir la ape yang cuba di sampaikan oleh pakcik ni… terutamanya ayat dia yang last skali tuh…
Mungkin citer ni tak best sgt… yela sebab aku tak pandai nak olah ayat sangat…. tapi kat cini yang cuba aku sampaikan adalah ayat akhir tu…
“Aku pun tak tau umur aku berapa.. Yang aku tau… dah banyak dah aku guna’’
Hakikat nya kita tak tahu banyak mana usia kita.. sepanjang mana hayat kita…
Sejauh mana perjalanan hidup kita di dunia yang fana ini… Saban tahun kita asyik mengira penambahan umur kita.. Meraikan ulang tahun kelahiran kita…
Tetapi pernah kah terfikir andai hari ini adalah hari terakhir kita…? Sebanyak mana amal dan bekalan yang sudah kita kumpul untuk dibawa ke alam sana?
Adakah setiap detik umur kita gunakan dengan sebaiknya..?
Muhasabah buat diri yang sering alpa…
Perbualan ini tercetus selepas beberapa hari ulang tahun kelahiran ku… Kak lily dok sibuk ucap selamat panjang umur… walaupun ia satu doa tapi hakikatnya umur kita semakin pendek jawab ku… Lalu apabila PCK join the discussion… keluar lah cerita ini…
Tula lah dier bile otai berbicara…
Puteri, DV
No comments:
Post a Comment