Terase lama tak jenguk blog ni… Nampak dah bersawang… hehe..
Ok la di sebabkan tak nak la biarkan blog ni bersawang, aku nak kongsi sikit ilmu yang aku dapat semalam… Setelah habis program Kesejahteraan rumah tangga semalam… aku trus balik rumah kat taman medan… Dah solat asar semua… maka bertolaklah aku balik ke desa tercinta… Desa Vista.. =)
Sampai rumah dalam pkul 7 camtu la… setelah memecut… sbb nak cepat sampai… Badan dah terase sgt penat…. Sampai rumah emak ajak solat jemaah kat surau.. Malam ni Ustaz Fatah mengajar… Lepas maghrib ada kuliah maghrib… Lepas isyak pulak Ustaz Fatah huraikan buku Sabilal Muhtadin… Sblm ni ustaz dah bedah buku Indahnya Hidup bersyariat karangan Ustaz Ismail Kamus… Lepas dah abis buku tu sambung pula buku Sabilal Muhtadin
Ok la.. Sbb mak yang ajak, pergi lah (insyaAllah Ikhlas) Tggu aqis kemain lame lagi… akhirnya terpaksa sembahyang maghrib kat umah… Tapi Alhamdulillah tak terlepas dengar kuliah maghrib dari ustaz… Kena pula tajuknya khitbah…
Sabda Rasulullah
“ Hati- hati, jangan sekali- kali kamu makan buah dari pokok yang di kelilingi pokok yang mati.. Di khuatiri pokok di sekililingnya mati di racun dan pokok tersebut sedang tggu masa nak mati”
Maksudnya… Rasulullah mengingatkan kita berhati- hati dalam memilih suami.. Kena la tgk dari mana asal usulnya, keluarganya, keturunannya.. kerana semua itu memainkan peranan yang penting..
Khitbah bermaksud menzahirkan kehendak hati kita untuk berkahwin dengan perempuan tertentu dengan meminta izin wali wanita tersebut.
Apakah hikmah nya?
Hikmahnya, dapat berkenal- kenalan antara satu sama lain dan dapat berkenalan dengan keluarga lelaki/ wanita tersebut. Kata ustaz Fatah… terdapat 4 sebab berlakunya penceraian pada kala ini..
- disebabkan oleh lelaki
- disebabkan oleh wanita
- Faktor persekitaran
- Campur tangan keluarga
Khitbah bukan lah akad sebagaimana akad nikah, tetapi sebuah perjanjian untuk berkahwin.Contohnya:
“Fatimah telah bertunang dengan Mohd... Tetiba Mohd menyambungkan pelajaran ke luar negara… Setelah bertahun- tahun belajar tak lulus- lulus jugak.. Sebab dah tggu lama… maka berkahwinlah Fatimah dengan Abu tanpa memutuskan pertunangannya dengan Mohd.. Perkahwinannya bersama Abu di kira sah tetapi hukumnya haram…. Kerana Fatimah telah memungkiri janjinya dengan Mohd…”
Haram khitbah atas khitbah bagi perempuan. Di bolehkan bagi lelaki.
Sekiranya kita tahu bahawa perempuan itu telah di khitbah, haram mengkhitbahnya. Tetapi sah jika berkahwin.
Asas- asas yang perlu ada pada perempuan yang hendak di pinang. Nabi bersabda:
“Kebanyakan perempuan di kahwini di sebabkan 4 perkara.. di sebabkan hartanya.. keturunannya.. kecantikannya.. dan di sebabkan agamanya.. Maka pilihlah agamanya.. Nescaya kamu beruntung..”
Saidina Umar Al- Khattab berkata..
“ Sekiranya kamu letak 7 sifat.. dan hanya terdapat 3 sifat padanya.. maka kamu telah di kira beruntung..”
Kerana… tiada manusia yang sempurna di dunia ini.. Sekiranya Allah kurniakan kesempurnaan kepada manusia… nescaya manusia akan jadi sombong dan bongkak sebagaimana Firaun.. Jadi janganlah harapkan pasangan yang terlalu ideal…
Bagaimana seorang wanita dan lelaki yang baik? Sabda Nabi:
“ Wanita yang terbaik adalah… apabila kamu melihatnya… hati kamu menjadi tenang… dan dia mentaati kamu..”
Pilihlah calon yang:
- Beragama
- Subur ( Nabi berbangga dengan umatnya yang ramai)
- Anak dara
- Keturunan yang baik
- Cantik
- Keturunan yang jauh (Ajnabi)- Meluaskan rangkaian kekeluargaan
- Jangan berkahwin lebih dari seorang jika tidak mampu.
“Barangsiapa yang berkahwin lebih dari satu… tetapi dia tidak berlaku adil… maka di akhirat nanti… dia akan bangun dengan bahunya senget sebelah…”
Itu sahaja yang dapat aku kongsikan… Semoga berguna… terutama bagi mereka yang bakal menempuh alam perkahwinan..
Terasa banyak betul jemputan kahwin bulan 6 ni… Al maklumlah… cuti sekolah… Semoga berbahagia sahabat- sahabat ku … Bersama mendirikan rumahtangga yang SAKINAH, MAWADDAH dan RAHMAH… InsyaAllah… Ameen….
Puteri, PJ…
No comments:
Post a Comment