Tuesday, November 22, 2011

Cermin Hati...

Hasbunallahuwani'malwakil

Hari ni terasa nak menulis.. selepas lama sudah meninggal kan blog ni yang dah semakin usang dan lapuk gayanya… Terasa hati, jiwa dan mood yang sangat berserabut sedang membelenggu diri seakan ada benda yang menekan hingga menyesakkan… Ya Allah kau jauhkanlah diri ku ini dari segala musibah dan bebanan yang tak mampu ku tanggung..

Kebelakangan ini sangat baaaaanyak perkara yang telah terjadi ke atas diri ini.. Bagai sebuah cereka.. pena takdir terus menari- nari melakar lukisan kehidupan yang aku sendiri tidak tahu apa kesudahan gambarannya… Perasaan ingin tahu yang membuak- buak bagaikan lava gunung berapi masih tetap ku pendam.. Belum sampai masanya lagi untuk ku muntahkan… Biarlah takdir terus melakarkan apa yang tersurat untukku.. Semoga lakarannya indah, seindah lukisan Alam ciptaan Ilahi.. Amin ya Rabb..

Takdir Ilahi pastilah yang terbaik… Ya.. Aku yakin.. Wahai diri.. Seandainya bukan takdir ini yang kau inginkan.. yang kau harapkan.. Didik lah hati ini menerima suratanNya dengan penuh redha dan sabar.. Semoga kesabaran yang ditanam dalam diri ini akan membuahkan hikmah yang pasti kemanisannya akan kau nikmati jua suatu hari nanti… Bukan kah jalan ke Syurga itu pahit di taburi pelbagai dugaan dan cabaran.. Kerana sesungguhnya nikmat Syurga itu manis… Dan apabila telah kau raih kemanisan itu.. Nescaya segala kepahitan yang kau tempuh pasti akan hilang serta merta sepantas kerdipan matamu..

Ya Allah.. Tanamkan lah sifat sabar dan redha dalam diri ku ini.. Agar nanti aku akan menjadi hambaMu yang bersyukur di setiap detik usia dan nafas yang terhela.. Amin…

p/s: Jiwa kacau tak menentu.. Semoga keserabutan ini hilang.. Doakan ye…=)

Puteri, PJ

2 comments:

  1. fuh, ayat.. melankolik! puteri puteri. jgn lama sangat serabut.. tenang2 deh!

    ReplyDelete
  2. hehe.. Saje test power.. InsyaAllah sdg berusaha keluar dari keserabutan...

    ReplyDelete