Tuesday, November 22, 2011

Cermin Hati...

Hasbunallahuwani'malwakil

Hari ni terasa nak menulis.. selepas lama sudah meninggal kan blog ni yang dah semakin usang dan lapuk gayanya… Terasa hati, jiwa dan mood yang sangat berserabut sedang membelenggu diri seakan ada benda yang menekan hingga menyesakkan… Ya Allah kau jauhkanlah diri ku ini dari segala musibah dan bebanan yang tak mampu ku tanggung..

Kebelakangan ini sangat baaaaanyak perkara yang telah terjadi ke atas diri ini.. Bagai sebuah cereka.. pena takdir terus menari- nari melakar lukisan kehidupan yang aku sendiri tidak tahu apa kesudahan gambarannya… Perasaan ingin tahu yang membuak- buak bagaikan lava gunung berapi masih tetap ku pendam.. Belum sampai masanya lagi untuk ku muntahkan… Biarlah takdir terus melakarkan apa yang tersurat untukku.. Semoga lakarannya indah, seindah lukisan Alam ciptaan Ilahi.. Amin ya Rabb..

Takdir Ilahi pastilah yang terbaik… Ya.. Aku yakin.. Wahai diri.. Seandainya bukan takdir ini yang kau inginkan.. yang kau harapkan.. Didik lah hati ini menerima suratanNya dengan penuh redha dan sabar.. Semoga kesabaran yang ditanam dalam diri ini akan membuahkan hikmah yang pasti kemanisannya akan kau nikmati jua suatu hari nanti… Bukan kah jalan ke Syurga itu pahit di taburi pelbagai dugaan dan cabaran.. Kerana sesungguhnya nikmat Syurga itu manis… Dan apabila telah kau raih kemanisan itu.. Nescaya segala kepahitan yang kau tempuh pasti akan hilang serta merta sepantas kerdipan matamu..

Ya Allah.. Tanamkan lah sifat sabar dan redha dalam diri ku ini.. Agar nanti aku akan menjadi hambaMu yang bersyukur di setiap detik usia dan nafas yang terhela.. Amin…

p/s: Jiwa kacau tak menentu.. Semoga keserabutan ini hilang.. Doakan ye…=)

Puteri, PJ

Tuesday, June 7, 2011

INSAN Case...

Hari ni abang Salih stain slide INSAN Case… Siap mounting lagi… 
Yang ni semua slide INSAN case yang kami terima minggu lepas
Abang Salih tengah mount..

Bercakap pasal INSAN case… rase sedih la pula hati ini… sob.. sob.. Saye rase macam dunia dah tak selamat.. ke mana sahaja pergi mesti rase keselamatan kurang terjamin… huhu… Tapi hakikatnya Allah sentiasa ada untuk menjaga kita kan.. La takhaf ya ukhti… Innallaha ma’ana… Kan kita ada senjata yang paling ampuh… itulah DOA.. tapi entri kali ni bukan nak citer pasal doa.. Saye nak citer pasal insan case..

INSAN case? ape benda tu..? mesti korang tertanya- tanya kan… meh saye citer ckit… INSAN case ni adalah salah satu test yang ada kat lab saye.. Sebenarnyer ni kes polis.. Contohnyer.. kalau ada patient yang datang buat report dia di cabul atau di rogol.. maka.. polis akan hantar jumpa doktor untuk buat check up.. 
Semua slide yang kami terima  di sealed dalam sampul surat...
Private and confidential...

Salah satu prosedur nye adalah doktor akan amik HIGH Vaginal Swab.. Pastu doktor akan wat smear kat slide dan hantar kat Lab kami untuk tgk ada tak Gonococci dan spermatozoa kat smear tu… Penemuan sperma akan jadi bukti dalam kes ni…
Ni la 'budak nakal'.. Spermatozoa yang kami jumpe dalam slide..
Gonococci tu ape pula yer? secara ringkasnya.. gonococci ni sejenis bakteria yang sexually trasmitted.. yang boleh menyebabkan penyakit gonorrhoea.. Nama saintifiknya Neisseria gonorrhoeae. Boleh google atau tgk kat wikipedia kalu tak tahu.. Kesan penyakit Gonorrhoea:

“Infection of the genitals- can result in a purulent (or pus-like) discharge from the genitals which may be foul smelling. Symptoms may include inflammation, redness, swelling, dysuria and a burning sensation during urination.”

Ngeri la pula rase.. Yang sedihnya… kadang- kadang kanak – kanak yang tak berdosa menjadi mangsa nafsu serakah manusia yang tak pernah puas… ada yang tak abis skola lagi… Minggu lepas je saye terima 3 kes… 5 slide semuanyer.. Semalam datang lagi satu… Makin meningkat pula jumlah kes ni pada musim cuti skola.. Kenapa yer???

OK…!! kepada adik- adik kat luar sane.. jaga diri elok- elok… jangan jalan sorang- sorang… kalau boleh bila berjalan tu biar berteman… Jangan keluar memalam… Jangan ikut orang yang tak di kenali.. STAY AWAY FROM STRANGERS!!!… dan yang paling PENTING jangan lupa doa sebagai pendinding diri… InsyaAllah Allah akan sentiasa menjaga kita…

DOA KELUAR RUMAH
Maksudnya:
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah"

Puteri, PJ

Monday, June 6, 2011

Rindunyee...

Kelmarin baru je jumpe sahabat- sahabat lame waktu zaman skola kat SBPI Selandar... huhu,.. Tetibe rase rindu la pula kat zaman skola dulu... Ok!! untuk mengubat kerinduan... jom dengar lagu skola saye.. hehe.. Lagu ni di alunkan oleh kumpulan nasyid skola kami... ILHAN NUR.. terdapat sedikit perubahan pada rentak  lagunya... tak macam slalu kami nyanyi kat perhimpunan skola la (agak skema di situ..=))... tapi, pape pun tetap best...


Sunday, June 5, 2011

Kenduri Kawen…

Ok, semalam sempat gak  gi kenduri kawen Siti Nurul Haidar… Mmg nak gi pun asalnye.. Haidar ni kawan dari skola rendah dulu.. Waktu tu saye duduk kat TUDM subang… Sempat la skola sesame sampai drjah 4… pastu saye pindah Melake.. Tak sangka pulak waktu form 4 kami bertemu semula “di bumi bertuah SBPI Selandar..” amik lirik lagu skola.. hehe…

Nak di jadikan cerita boleh lak sesat dalam perjalanan ke tmpt kejadian.. padahal dah google dah mlm tadi.. huhu… Dekat sejam gak la pusing kat area Shah Alam tu.. U-turn pun dah tak terkira byknye.. huhu.. ikutkan hati rase cam nak balik je… tapi.. mengenangkan dah separuh jalan pun.. alang- alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan…

Ok.. di sebabkan rase cam dah lost mmg dah lost pun kot….. cari lah  stesen minyak… Tanyela makcik cashier kat situ… “Maaf la dik.. makcik tak tau… adik tanye orang tu..” smbil menunjukkan kepada 2 orang lelaki berpakaian uniform SAFEGUARD… huhu.. Alamak..!! takut plak rase nak tanye mereka2 itu… Tak pe la… saye trus keluar dan masuk kereta…

Alhamdulillah.. Allah mudahkan.. teringat pula ada bawak notebook… bley tanye Mr gOoGle… ok.. Rupenye terlepas simpang… Sabar je la… Saye pun patah balik dan Alhamdulillah perjalanan lancar sehingga ke destinasi… Neway… tahniah Haidar… Semoga kamu bahagia bersama insan tersayang dlm perjalanan membina rumah tangga yang SAKINAH, MAWADDAH  dan RAHMAH.. Kamu sangat cantik...
Haidar dan Hafiz... Ketibaan pengantin di luar dewan...

Melangkah ke Gerbang Perkahwinan...

ok.. gambar ni sye yg amik.. tuan punyer DSLR tgh mkn kot...

Part yang paling best skali dapat jumpa raaaaamaiiii kawan- kawan SBPIS… huhu rinduuu kamu semua… Kenduri Haidar dah macam “mini gathering” pula bagi kami… hehe.. papepun mmg best… Dan diorang pun almost semua tersesat nak dtg DeWAn MBSA ni…  makne nye bukan saye sorg je yer yg sesat….
Kengkawan SBPIS.... Seronok jumpe korang semua...

With HAIDAR and HAFIZ...

OK.. ada lagi satu keduri pagi tadi… Kenduri anak Cik Yang dan Hj Haris.. Mereka ni jiran waktu duduk kat Melaka dulu.. Mereka lah yang menjaga kami adik beradik waktu mak ngan abah pergi haji… Tahniah Cik Yang dan Hj Haris.. dah dapat menantu.. dan tahniah kepada kak AIN… Semoga menjadi Isteri Solehah penyejuk mata suami dan bahagia hendaknya hingga ke SYURGA.. Ameen… 

Puteri, PJ

Thursday, May 26, 2011

Kursus...

Hari ni sepanjang hari dengar lecture… huhu… agak penat jugak la… dari pagi sampai petang dengar lecture.. nak pula dah lama tak dengar lecture… tetapi demi mengumpul CPD point… ku gagahi jua…

Natalie explaining about scattergram....

Sebenarnya tak de la teruk sangat… Kursus ni mmg sgt penting bagi mereka yang bergelar MLT… terutama bagi mereka yang buat hematology on call… bila buat kerja tu tahu ape yang kita buat…. bukan hanya tahu load sample dalam machine sysmex… tetapi know how to troubleshoot when the machine got problem… know how to interpret patient’s result… know how to read scatter gram, histogram and action taken when there is a flagging… baru lah boleh jadi MLT yang berilmu dan berjaya... Only then, we can provide the most reliable results to the patient… tak ke best tu…

Tapi sepanjang kursus ni part yang paling best adalah ketika kami main plastersin… Kami kena buat 5 bentuk white blood cell.. Using our creativity… hehe.. Maka muncul lah pelbagai bentuk dan rupa… Tapi pape pun, yang penting adalah ilmu yang kami dapat ketika kursus ni… Semoga dapat di manfaatkan sebaiknya.. InsyaAllah…
Basophil, Monocytes, Eosinophil, Lymphocytes and Neutrophil...

Waktu group discussion.. Prepare for presentation...

playing plastecine

Berbagai bentuk dan rupa.. sgt kreatif...=)


Puteri, PJ

Monday, May 16, 2011

Khitbah…

Terase lama tak jenguk blog ni… Nampak dah bersawang… hehe..

Ok la di sebabkan tak nak la biarkan blog ni bersawang, aku nak kongsi sikit ilmu yang aku dapat semalam… Setelah habis program Kesejahteraan rumah tangga semalam… aku  trus balik rumah kat taman medan… Dah solat asar semua… maka bertolaklah aku balik ke desa tercinta… Desa Vista.. =)

Sampai rumah dalam pkul 7 camtu la… setelah memecut… sbb nak cepat sampai… Badan dah terase sgt penat…. Sampai rumah emak ajak solat jemaah kat surau.. Malam ni Ustaz Fatah mengajar… Lepas maghrib ada kuliah maghrib… Lepas isyak pulak Ustaz Fatah huraikan buku Sabilal Muhtadin… Sblm ni ustaz dah bedah buku Indahnya Hidup bersyariat karangan Ustaz Ismail Kamus… Lepas dah abis buku tu sambung pula buku Sabilal Muhtadin

PJ-1814L

Ok la.. Sbb mak yang ajak, pergi lah (insyaAllah Ikhlas) Tggu aqis kemain lame lagi… akhirnya terpaksa sembahyang maghrib kat umah… Tapi Alhamdulillah tak terlepas dengar kuliah maghrib dari ustaz… Kena pula tajuknya khitbah…

Sabda Rasulullah

“ Hati- hati, jangan sekali- kali kamu makan buah dari pokok yang di kelilingi pokok yang mati.. Di khuatiri pokok di sekililingnya mati di racun dan pokok tersebut sedang tggu masa nak mati”

Maksudnya… Rasulullah mengingatkan kita berhati- hati dalam memilih suami.. Kena la tgk dari mana asal usulnya, keluarganya, keturunannya.. kerana  semua itu memainkan peranan yang penting..

Khitbah bermaksud menzahirkan kehendak hati kita untuk berkahwin dengan perempuan tertentu dengan meminta izin wali wanita tersebut.

Apakah hikmah nya?

Hikmahnya, dapat berkenal- kenalan antara satu sama lain dan dapat berkenalan dengan keluarga lelaki/ wanita tersebut. Kata ustaz Fatah… terdapat 4 sebab berlakunya penceraian pada kala ini..

  1. disebabkan oleh lelaki
  2. disebabkan oleh wanita
  3. Faktor persekitaran
  4. Campur tangan keluarga

Khitbah bukan lah akad sebagaimana akad nikah, tetapi sebuah perjanjian untuk berkahwin.Contohnya:

“Fatimah telah bertunang dengan Mohd... Tetiba Mohd menyambungkan pelajaran ke luar negara… Setelah bertahun- tahun belajar tak lulus- lulus jugak.. Sebab dah tggu lama… maka berkahwinlah Fatimah dengan Abu tanpa memutuskan pertunangannya dengan Mohd.. Perkahwinannya bersama Abu di kira sah tetapi hukumnya haram…. Kerana Fatimah telah memungkiri janjinya dengan Mohd…”

Haram  khitbah atas khitbah bagi perempuan. Di bolehkan bagi lelaki.

Sekiranya kita tahu bahawa perempuan itu telah di khitbah, haram mengkhitbahnya. Tetapi sah jika berkahwin.

Asas- asas yang perlu ada pada perempuan yang hendak di pinang. Nabi bersabda:

“Kebanyakan perempuan di kahwini di sebabkan 4 perkara.. di sebabkan hartanya.. keturunannya.. kecantikannya.. dan di sebabkan agamanya.. Maka pilihlah agamanya.. Nescaya kamu beruntung..”

Saidina Umar Al- Khattab berkata..

“ Sekiranya kamu letak 7 sifat.. dan hanya terdapat 3 sifat padanya.. maka kamu telah di kira beruntung..”

Kerana… tiada manusia yang sempurna di dunia ini.. Sekiranya Allah kurniakan kesempurnaan kepada manusia… nescaya manusia akan jadi sombong dan bongkak sebagaimana Firaun.. Jadi janganlah harapkan pasangan yang terlalu ideal…

Bagaimana seorang wanita dan lelaki yang baik? Sabda Nabi:

“ Wanita yang terbaik adalah… apabila kamu melihatnya… hati kamu menjadi tenang… dan dia mentaati kamu..”

Pilihlah calon yang:

  1. Beragama
  2. Subur ( Nabi berbangga dengan umatnya yang ramai)
  3. Anak dara
  4. Keturunan yang baik
  5. Cantik
  6. Keturunan yang jauh (Ajnabi)- Meluaskan rangkaian kekeluargaan
  7. Jangan berkahwin lebih dari seorang jika tidak mampu.

“Barangsiapa yang berkahwin lebih dari satu… tetapi dia tidak berlaku adil… maka di akhirat nanti… dia akan bangun dengan bahunya senget sebelah…”

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan… Semoga berguna… terutama bagi mereka yang bakal menempuh alam perkahwinan..

2935422518_2e26e22b5b_oTerasa banyak betul jemputan kahwin bulan 6 ni… Al maklumlah… cuti sekolah… Semoga berbahagia sahabat- sahabat ku … Bersama mendirikan rumahtangga yang SAKINAH, MAWADDAH dan RAHMAH… InsyaAllah… Ameen….

 

Puteri, PJ…

Saturday, February 19, 2011

pCk

Alhamdulillah…

2 hari lepas pCk dah mula kerja…

Selepas 55 hari MC..  kerana menjalani operation bypass… agak ngeri di situ.. Jantung PCK ada 4 blok… Mungkin kerana fevretnye makan kambing… jadi penyebab utama masalah tersebut…

Jantung merupakan orang yang terpenting dalam tubuh manusia…. ape pe complication  boleh berlaku dalam sekelip masa….  Alhamdulillah semuanya selamat…

Sebelum masuk opertion room ape PCK rase?

Pasrah je la… Saye REDHA… ape pun yang akan berlaku pada saya.. Hanya itu yang boleh saye lakukan… berserah sepenuhnya kepada Allah…

Sekarang, Alhamdulillah  PCK dah ok. Cuma luka di kakinya sahaja yang belum sembuh… Sihat nampak nye.. walupun tak dapat nak buat keje berat sgt, tapi dah boleh la bawak kete dari Bukit Changgang ke PPUM.

Best pulak rasenye dapat bersembang dengan PCK… dah lamakan tak dengar lawak dan loya buruk PCK… bersama pemikiran di luar kotak yang cuba disampaikannya…

Kata PCK… kita mesti berfikir di luar kotak supaya kita tak di perkotak katikkan… hehe.. =) (boleh pakai ke ayat nih?)

Puteri, UM.

Monday, January 31, 2011

Pendidik generasi Muslim…

Alhamdulillah setinggi tinggi syukur ku panjat kan ke hadrat ilahi kerana masih lagi di beri peluang  menghirup udara segar di muka bumi ini…  juga  masih lagi di beri kekuatan untuk melaksanakan suruhannya serta menjalankan amanah yang di beri… Alhamdulillah…

Hari ni saja nak kongsi kan sedikit ilmu yang aku dapat semalam… Oleh kerana minggu ni tak de program… dan tak pula aku pulang ke kampung halaman… maka diri ini merangka- rangka nak buat apa hujung minggu nih???

Alhamdulillah… dapat pula pelawaan dari kakak ku sorang ni untuk ke program diskusi wanita… “Membentuk Generasi Muslim: Di mana peranan Muslimah?” di Bandar Baru Bangi…. Oleh kerana tertarik dgn tajuknye maka aku pun setuju nak join…  x rugi pun kan…=)

ok jom kita lihat antara isi- isi nya…

Dalam al- Quran Allah dah bagi petunjuk kepada kita untuk apa kita di ciptakan…

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥٦﴾ (56

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Az- Zaariyat: 56

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ                                                                                   ٠ 

(30) Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Al- Baqarah: 30

Kemana arahnya pendidikan generasi kita?

Anak- anak seharusnya menjadi Qurratu A’yun, penyejuk mata dan penyenang hati kedua ibu bapa…  Juga di didik menjadi orang betaqwa… bukan sahaja bertaqwa tetapi  juga menjadi imam kepada orang yang bertaqwa.

Kita adalah sebaik- baik umat, yang memimpin umat lain kepada yang ma’ruf.

“Orang yang terbaik diantara kalian adalah orang yang mempelajari al- quran dan mengajarkannya.” [HR Bukhari]

Ulul Albab- yakni orang yang berakal. yaitu apabila mereka melihat penciptaan langit dan bumi akan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah samada ketika berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring.

Realiti masyarakat Muslim sekarang…

Sistem pendidikan di Malaysia menyediakan generasi muda untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi alam dewasa. – hanya mementingkan kehidupan dan keperluan untuk meneruskan hidup…

Apa peranan Muslimah?

  1. Mencerdaskan generasi muslim dengan elemen pemikiran islam bukan pemikiran kapitalis.  Kerana pada dasarnya pemikiran kapitalis itu merendahkan nilai- nilai kemanusiaa. Manakala pemikiran Islam itu memuliakan manusia bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Islam mampu mejawab pelbagai persoalan dalam bidang apa sekalipun. Maka kita haruslah mencelup peradaban dunia dengan peradaban islam.
  2. Mengajak kembali semua muslimah melahirkan dan mendidik anak serta mewarnakan mereka dengan warna- warna islam dalam proses ke arah menjadi Khaira Ummah. Bekerjaya boleh tetapi jgn lupa kerjaya utama kita sebagai pendidik generasi muslim. Rasulullah berbangga dengan umatnya yang ramai..

“ Di rahim kita lahir generasi muslim, di tangan kita terdidik generasi muslim pewaris risalah agung”   -Ummu Khoir-

 

Siapa yang bertanggung jawab terhadap pendidikan generasi??

Keluarga merupakan tempat pendidikan yang pertama dan utama. Di sini para Ibu  memainkan peranan yang penting dalam proses untuk menanamkan aqidah Islam yang benar dalam diri anak- anak.

Di mana posisi dan peranan muslimah?

Muslimah bertindak sebagai ibu yang melahirkan dan mendidik.. Kerana pada dasarnya seorang wanita itu lahir penuh dengan sifat dan ciri- ciri pendidik… manakala lelaki dilahirkan untuk memimpin…

Jika di tanya apa pekerjaan kamu…. – pendidik generasi muslim -

Anak- anak bukan hanya perlu dididik secara luaran sahaja (physical) tetapi “all in” terutamanya dari dlam kandungan lagi.

Apa yang perlu di lakukan…??

  1. Memberikan makanan yang halal dan thoyyib kerana makanan itu akan menjadi darah daging anak kita. Jika dari awal tidak di jaga maka rosak la ia..Thoyyib di sini maksudnya sihat.. – asal segala makanan yang halal pasti sihat. cuma oleh kerana telah di proses oleh manusia dengan pelbagai perasa dan bahan kimia ia menjadi halal tetapi tidak thoyyib.
  2. Mengikut teori , 4 bulan kandungan sudah boleh mendengar. Maka dengarkan lah ayat- ayat Allah  dan kalam Allah dengan membaca dan menghafaz al- quran. Sekurang- kurangnya juz amma. Saat indra pendengaran berfungsi dengarkanlah ia dengan ayat- ayat Allah.
  3. Dengarkan bahasa yang baik (ahsan). Jangan dengarkan bahasa yang kasar. Kita tidak boleh menyampaikan pemikiran yang agung dengan bahasa yang kasar
  4. Memberi pemahaman tentang Al- quran secara bertahap. Pembelajaran anak- anak yang berusia 7 tahun kebawah- perlu di cerdaskan akal mereka dengan bantuan alam semesta. Dengan ini semua pacaindera berfungsi. Tidak seharusnya menggunakan multimedia kerana hanya mata yang akan berfungsi.
  5. Sediakan kelompok/ bi’ah yang solehah serta kawan- kawan yang baik kerana mereka tidak mampu berjuang seorang. Perlu ada persekitaran yang membantu dan menyokong mereka. Dengan itu mereka akan rasa bangga boleh mendirikan solat, menghafal al- quran dan menegakkan kalimah Allah. Apabila sudah faham, mereka akan peduli nasib bangsa mereka terutama  nasib umat Islam.

Akhir kata…=)

“Setiap anak di lahirkan dalam fitrah (suci). Ibubapalah yang mencorakkan mereka samada menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Wassalam….

Puteri, PJ

Sunday, January 2, 2011

Usia… Bila otai berbicara..

Jika entri sebelum ini bertajuk ajal… skrg nak tulis pasal usia pula…

Bukan nya apa.. cuma teringat kepada cerita seorang otai (old timer)

Kami panggil beliau PCK.. cerita PCK ni sangat menarik bagi ku..

Sebab tu la nak kongsi.. Moga bermanfaat..

Ceritanya bermula sewaktu beliau masih muda dahulu.. ok PCK boleh mula… =)

Versi PCK

Satu hari saya keluar la nak makan.. pergi medan selera…

Lepas dah beli makanan  semua .. saya cari lah tempat nak duduk.. nak makan..

ternampak la sorang pakcik tua ni… Saya pun mintak izin nak duduk sebelah dia…

dia OK je… Sambil makan borak2 la ngan pakcik nih… cuba ber basa basi ckit..

“ pakcik ni datang hospital kenapa?”

“Aku datang hospital ni sebab sakit la…” agak sinis di situ.. yela saya punya soalan pun macam tak patut je kan.. orang datang hospital.. mestilah sebab sakit kan..

“pakcik sakit aper?”

“Sebab aku tak tau aku sakit aper la aku datang hospital ni ” ouch.. terkena lagi…  Saya ingat saya sorang je yang selalu loya buruk.. rupenye ade yang lebih hebat lagi…

“Umur pakcik berapa?”

“Aku pun tak tau umur aku berapa.. Yang aku tau… dah banyak dah aku guna’’

Saya terus terdiam… tak tau nak ckp ape.. 3 kali tanya… 3 kali kena balik…

So, awak fikir la ape yang cuba di sampaikan oleh pakcik ni… terutamanya ayat dia yang last skali tuh…

Mungkin citer ni tak best sgt… yela sebab aku tak pandai nak olah ayat sangat…. tapi kat cini yang cuba aku sampaikan adalah ayat akhir tu…

“Aku pun tak tau umur aku berapa.. Yang aku tau… dah banyak dah aku guna’’

Hakikat nya kita tak tahu banyak mana usia kita.. sepanjang mana hayat kita…

Sejauh mana perjalanan hidup kita di dunia yang fana ini… Saban tahun kita asyik mengira penambahan umur kita.. Meraikan ulang tahun kelahiran kita…

Tetapi pernah kah terfikir andai hari ini adalah hari terakhir kita…? Sebanyak mana amal dan bekalan yang sudah kita kumpul untuk dibawa ke alam sana?

Adakah setiap detik umur kita gunakan dengan sebaiknya..?

Muhasabah buat diri yang sering alpa…

Perbualan ini tercetus selepas beberapa hari ulang tahun kelahiran ku… Kak lily dok sibuk ucap selamat panjang umur… walaupun ia satu doa tapi hakikatnya umur kita semakin pendek jawab ku… Lalu apabila PCK join the discussion… keluar lah cerita ini…

Tula lah dier bile otai berbicara…

 

Puteri, DV